Duit USD Side Income Online Tanpa Modal - Paid Surveys & Micro Tasks

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terima kasih sudi singgah ke blog ini.

Di sini admin ingin tunjukkan satu laman web yang boleh anda gunakan untuk buat side income online dalam mata wang USD / Bitcoin.

Laman web ini tidak perlukan modal untuk sertai dan sesiapa pun boleh sertai.

Laman web ini sudah ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu (2007) dan mempunyai keahlian yang ramai dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia.

Laman web ini adalah laman yang sah dan bukan penipu/scam. Di akhir artikel ini admin akan kongsikan screenshot bukti bayaran daripada mereka.

Laman web yang admin maksudkan ialah ClixSense.

Berikut adalah cara untuk anda buat duit di ClixSense:

Paid Survey

Paid Survey Invitations

Anda akan diberi jemputan untuk menjawab paid surveys yang berkemungkinan besar anda akan layak untuk duduki. Maka jangan lupa isikan survey profile yang ada di halaman survey ClixSense.



Jemputan survey akan dihantar kepada alamat email yang anda gunakan untuk mendaftar akaun. Cara yang lebih mudah adalah dengan memasang addon/extension pada web browser anda. Anda akan diberitahu dengan serta-merta ketika sedang melayari internet sekiranya paid survey tersedia ketika itu.

Selain itu, anda akan dapat bonus tambahan sekiranya pasang addon/extension ini.





Daily Routers

Ketika tiada sebarang survey invitations untuk anda. Jangan duduk tunggu sahaja, anda boleh terus cuba daily routers yang ada di halaman paid surveys ClixSense.



Offers Section

Selain itu, paid surveys juga boleh didapati pada bahagian Offers. Fungsinya sama sahaja seperti daily routers.



Sudah menjadi perkara biasa, jemputan survey tidak semestinya anda akan selalu lepas untuk jawab. Kalau gagal jawab tu, jangan putus asa.



Micro Tasks

Sementara menunggu jemputan paid surveys, sementara tiada paid surveys tersedia pada daily routers dan offers. Anda boleh cuba buat micro tasks.

Kalau paid surveys, ada 50:50 peluang untuk lepas atau tidak. Tetapi dengan tasks, sesiapa sahaja layak untuk buat dengan syarat baca arahan yang diberikan.

Kalau salah buat, accuracy akan drop dan anda tidak akan dapat teruskan lagi sekiranya accuracy terlalu rendah. Jangan risau, tasks ada banyak. Kalau accuracy terlalu rendah boleh cuba task yang lain pula.





Bonus:
(1) Bonus $5 untuk setiap $50 yang anda kumpulkan daripada micro tasks.
(2) Peraduan mingguan. Ahli paling banyak buat task dan dapat tempat pertama, dapat hadiah $50. Hadiah hingga tempat ke-10.



Bonus Harian (16%)

Untuk melayakkan anda menerima bonus harian sebanyak 16%, anda mesti lengkapkan perkara-perkara berikut:

(1)
Jawab 2 Paid surveys atau offers
ATAU
Buat 10 micro tasks
ATAU
Jawab 1 Paid surveys dan buat 5 micro tasks

(2)
Buka forum sekali (tidak perlu pos apa-apa)

(1)+(2) = 12%. Bonus tambahan setelah (1) dan (2) di atas sudah dilengkapkan:

(3)
ClixAddon (web browser addon/extension) aktif selama 1 jam (kalau sudah pasang, maka ianya akan lengkap secara automatik). +2%

(4)
Aktif untuk 3 hari beturut-turut [Perkara (1) dan (2) mesti dilengkapkan selama 3 hari berturut-turut] +2%


 **Bermula Julai 2016, ClixSense sudah tamatkan PTC Ads dan CliGrid Game


Cashout

Apabila duit anda sudah cukup $10, anda boleh keluarkan duit anda ke akaun Payza atau Skrill.

Bukti Bayaran

Berikut adalah antara bayaran yang admin terima daripada ClixSense sebagai bukti mereka adalah program yang sah dan membayar ahli mereka.


Selepas PayPal tidak lagi menyokong website ClixSense. Ahli Malaysia punyai option untuk cashout ke akaun Skrill atau Payza.

Fee untuk transfer daripada akaun Skrill ke akaun bank adalah 5.50 Euro, bergantung kepada kadar tukaran semasa. Agak mahal kalau jumlah transfer adalah rendah.

Fee untuk transfer daripada akaun Payza ke akaun bank adalah $15. Tetapi Payza ada option untuk transfer ke akaun Bitcoin dengan fee yang murah. Buka akaun Luno (kerana Luno boleh transfer ke akaun bank Malaysia) dan generate Bitcoin address daripada akaun Luno. Masukkan address tersebut untuk transfer daripada Payza ke Luno.

Daripada akaun Luno anda boleh pilih untuk transfer ke bank atau kumpul Bitcoin banyak-banyak dan transfer bila nilai Bitcoin tinggi.

Kesimpulan

(1) ClixSense adalah program yang betul-betul bayar (bukan scam).

(2) Memang betul boleh buat duit di Clixsense melalui paid surveys, tasks dan lain-lain di Clixsense (anda boleh explore sendiri).

(3) Tidak perlu keluarkan sebarang modal untuk sertai Clixsense.

(4) Kalau tiada survey invitation, jangan buang masa menunggu. Cari survey pada daily routers dan offers.

(5) Kalau masih tiada survey, buat micro tasks. Pilih task yang cepat untuk disiapkan sebab dapat buat banyak maka banyaklah dapat hasil.

(6) Dapat bonus tambahan $5 untuk setiap $50 yang dikumpulkan daripada tasks. Dan juga $50 weekly contest.

(7) Aktif setiap hari untuk dapatkan bonus harian (16%).

(8) Jangan lupa pasang addon/extension ClixSense (ClixAddon). Selain ia akan beri bonus tambahan kepada anda, ia juga akan maklumkan surveys dan tasks yang tersedia kepada anda secara real time. Sambil-sambil baca komik kat sini atau main FB, kalau ada survey boleh terus jawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan